Skip to main content

Salam perkenalan buat semua

Hai semua

Salam perkenalan dari saya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog humble saya ni. Saya Imah Rush, boleh panggil saya imah. Saya merupakan seorang ibu bekerjaya kepada 3 orang anak. Rutin harian saya sama macam ibu yang lain. Takde yang istimewa pun, namun, disebabkan saya ada banyak benda nak kongsi dengan anda semua, maka terwujudlah blog ini.

Diharap kita semua dapat berkenalan, berkongsi pandangan dan maklumat khususnya tentang macam mana seorang ibu nak maintain badan sihat disamping nak jaga anak2, suami serta keluarga di sisi.

Saya juga masih baru dalam dunia blog ni tapi sebab banyak benda saya nak share dengan anda semua, jadi saya cari juga kekuatan untuk wujudkan blog ini. Nantikan ya my next post!!!

STAY TUNE UOLS!

Semoga bermanfaat.

Love,

Imah Rush

Comments

Popular posts from this blog

Tips Nak Cantik : Amal 2 Vitamin Kulit Ini!

NAK KULIT CANTIK PERLU AMAL VITAMIN KULIT Benarkah ramai yang mengatakan bahawa kecantikan adalah tonggak utama seorang wanita? Benar, kecantikan itu memang sinonim dengan wanita, tidak kira usia muda mahupun lanjut. Akan tetapi, cantik luar sahaja tidak bermakna kerana kecantikan sebenar adalah bila mana kita mempunyai kecantikan dalaman dan bukan hanya luaran. Kecantikan adalah merupakan sebahagian daripada kesihatan. Tunjang utama kecantikan adalah kesihatan dalaman kita. Sebagai contoh, untuk memiliki kulit wajah dan tubuh yang cantik, kita perlu menjaga kesihatan kulit kita.  Persoalan yang sering bermain di minda, bagaimanakah nak menjaga kesihatan kulit wajah kita? Yaaa, benar, mesti ramai yang menjawab, kita perlu amalkan rutin 'skincare' yang betul, dan minum air kosong yang banyak. Tidak dinafikan keduanya membantu menjadikan kulit wajah kita lebih cantik.                                 ...

7 TIPS KURUS DENGAN CEPAT

KENAPA BERAT BADAN SELALU NAIK? Setiap hari usia kita makin meningkat. Seiring dengan itu, kadar metabolisme badan kita juga kian menurun menyebabkan kadar penukaran karbohidrat atau lemak yang kita makan kepada tenaga menjadi rendah dan hal ini menyebabkan berat badan kita akan cepat naik sekiranya kita makan lebih dari yang dibakar. Jika kita tidak meneliti apa yang kita makan hari demi hari, kita pasti tidak menyedari badan kita naik dengan mendadak. Hal ini juga terjadi kepada saya dan ramai orang ketika pandemik yang lalu. Yelah waktu itu kebanyakan kita hanya di rumah dan kerjanya makan dan makan.  Berat badan makin naik juga berpunca daripada badan yang kurang lakukan aktiviti bersenam. Ini penting kerana bersenam mampu membakar lemak-lemak yang ada dalam badan kita kepada tenaga. Sungguhpun begitu, kita yang duduk di bandar dan kerja ofis hour ni kalau ditanya memanglah agak sukar untuk bersenam tu. Terbatas masa dan waktu. Banyak sangat halangannya, waktu banyak dihabiskan...