Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

Nak kurus tanpa diet? - Mula dengan Set Hello New You!

Assalamualaikum Hai semua, jumpa lagi kita dalam entri kali Hari ni saya agak lapang jadi bolehlah saya update blog saya ni. Kepada yang suka membaca, terima kasih saya ucapkan. Tinggalkanlah komen anda, nanti boleh kita berkenalan lebih lanjut ye. Berita baik buat anda yang ingin kurus maklumlah musim raya dah nak habis, jadi masing-masing sibuk nak kembalikan berat badan ideal betul tak? Untuk pengetahuan anda, Shaklee baru-baru ini telah melancarkan satu Set Kurus yang sangat berbaloi buat semua. Set ini dikenali sebagai Set Hello New You !. Ianya adalah set kepada anda yang inginkan bentuk badan/rupa paras yang baru, hehe. Lebih kurang macam tu lah maksud dia.  Apa yang ada dalam Set Hello New You ? Jika anda mencuba set kurus Hello New You ini, anda akan dapat : 1 botol Omegaguard (minyak ikan asli mengandungi omega 3) 1 botol Herblax ( herba organik bantu melawaskan pembuangan air besar) 1 botol Lecithin ( komponen lemak yg diperlukan oleh badan kita, membantu penguraian lema

5 TIPS BERTANDANG KE OPEN HOUSE RAYA

  Hai semua, Berjumpa lagi kita dalam entri kali ni Hari ni merupakan 24 Syawal, masih bulan raya kan? Tentu ramai yang masih memenuhi jemputan open house raya  terutama hujung minggu betul tak? Bila sebut pasal raya ni, memanglah tak meriah jika tiada open house. Open house ni adalah amalan yang sinonim dengan warga kota. Open house kerap diadakan seminggu selepas raya dimana satu hari dipilih untuk menjemput semua sanak saudara dan rakan taulan, tidak dilupa jiran tetangga. Apa yang best masa open house ni adalah menu yang dihidangkan, biasanya memang banyak dan pelbagai jenis. Kalau anda yang tidak pernah ke open house, anda akan terkejut sebab tuan rumah biasanya akan menghidang pelbagai menu dan terutamanya juadah raya. Lazimnya, open house ni dibuat pada hujung minggu. Macam saya juga, raya baru ni syukur dapat terima banyak jemputan ke open house rakan-rakan. Kebanyakan mereka menjemput pada Sabtu atau Ahad, jadi memang biasanya dalam satu hari tu ada lah 3-4 rumah yang kita nak

Tips Elak Makan Banyak Ketika Raya : Hari Raya dengan Shaklee!

Assalamualaikum Hai semua, Jumpa lagi kita dalam entri kali ni. Kali ni saya dah pulang ke sarang, hehe, dah pulang ke ibu kota lah maksudnya setelah hampir dua minggu bercuti raya di kampung halaman dan kampung mertua. Anda pula bagaimana? Amacam raya kali ni?best ke? Saya pula tak kurang bestnya, yelah best sebab raya kali ni dapat balik kedua-dua kampung. Bercakap berkenaan dengan raya, semestinya kita semua tak terlepas dengan menjamu selera menu2 raya yang banyak dan menarik di hari raya kan? Macam saya, kalau raya ni di Pahang ni mesti wajib ada menu rendang, ketupat, lemang, nasi minyak lah dan macam-macam kuih raya.  Tak lupa juga ada menu sate, lodeh dan beberapa lagi menu tambahan seperti laksa pahang dan nasi arab. Kalau sebelah kampung suami di Kelantan pula, biasa memang akan ada ketupat palas, tapai, nasi dagang, laksa, dan menu tambahan seperti pulut manis dan berbagai lagi manisan. Waktu raya lah waktu untuk kita menikmati juadah yang sedap-sedap kan?Rugi pulak kalau di