Skip to main content

5 TIPS BERTANDANG KE OPEN HOUSE RAYA

 Hai semua,

Berjumpa lagi kita dalam entri kali ni

Hari ni merupakan 24 Syawal, masih bulan raya kan? Tentu ramai yang masih memenuhi jemputan open house raya terutama hujung minggu betul tak?

Bila sebut pasal raya ni, memanglah tak meriah jika tiada open house. Open house ni adalah amalan yang sinonim dengan warga kota. Open house kerap diadakan seminggu selepas raya dimana satu hari dipilih untuk menjemput semua sanak saudara dan rakan taulan, tidak dilupa jiran tetangga.

Apa yang best masa open house ni adalah menu yang dihidangkan, biasanya memang banyak dan pelbagai jenis. Kalau anda yang tidak pernah ke open house, anda akan terkejut sebab tuan rumah biasanya akan menghidang pelbagai menu dan terutamanya juadah raya.

Lazimnya, open house ni dibuat pada hujung minggu. Macam saya juga, raya baru ni syukur dapat terima banyak jemputan ke open house rakan-rakan. Kebanyakan mereka menjemput pada Sabtu atau Ahad, jadi memang biasanya dalam satu hari tu ada lah 3-4 rumah yang kita nak hadiri.

Tujuan utama ke open house raya ni ofkos kita nak berjumpa dan ziarah raya, sebab kadang dalam setahun tu kita takde jumpa pun kawan atau saudara kita tu kan, jadi tak salah kita menjemput atau memenuhi jemputan rumah terbuka atau lebih ringkas dipanggil open house ni. Tujuan yang kedua adalah nak menikmati juadah raya yang macam-macam jenis tu, hehe (ni saya lah).

Ada juga orang yang takut nak pergi open house raya ni sebab takut badan naik sebab makan terlalu banyak, atau pergi satu dua rumah sahaja sebab perut cepat kenyang. Haaa mari saya kongsikan 5 Tips Bertandang ke Open House Raya















5 TIPS BERTANDANG KE OPEN HOUSE RAYA


1. MAKAN SEDIKIT SEBELUM BERTOLAK KE OPEN HOUSE

Makan sedikit sebelum bertolak ini memang saya amalkan sebab taknak bagi perut masuk angin dan terus hilang mood nak beraya. Saya amalkan minum segelas ESP Shaklee yang merupakan susu soya kaya dengan protein dan kalsium malah mengenyangkan. Sebab utama supaya kita cukup energy terutama nak mencari rumah atau perjalanan tu jauh. So mood kita akan sentiasa ceria bila kenyang.

2. BAWA BEKAL AIR KOSONG 

Saya juga amalkan bawa banyak air kosong untuk diminum dalam kereta atau disimpan dalam handbag supaya air kosong ni dapat bantu kita cerna makanan-makanan yg dah banyak masuk tadi dan juga menghilangkan dahaga

3. AMBIL MAKANAN YANG TAK MAKAN DI RUMAH SEBELUM

Kalau ada banyak rumah yang kita pergi, setiap rumah saya hanya makan makanan yang belum pernah makan lagi pada hari tersebut, sebab kadang-kadang makanan tu menu yang sama, contohnya, kalau rumah pertama dah makan nasi arab, rumah kedua cuba makan mee sup pula atau laksa, begitulah seterusnya.

4. AMBIL PELBAGAI JENIS MAKANAN DALAM KUANTITI SEDIKIT

Kalau nak rasa banyak makanan, boleh ambil semua jenis tapi setiapnya kuantiti dihadkan contoh kalau kuih tu hanya sepotong, nasi sesenduk dan seterusnya.

5. MAKAN HERBLAX UNTUK LANCARKAN PERKUMUHAN

Bila pulang ke rumah, tentunya perut kita telah penuh, jadi elok kita makan sesuatu yang organik yang mampu membantu sistem perkumuhan kita. Macam saya, saya memang mengamalkan pengambilan Herblax iaitu sejenis herba organik yang diformula untuk membantu pembuangan air besar dengan lancar tanpa sakit perut dan lain. Nanti badan kita akan rasa ringan inshaAllah. Boleh juga amalkan set kurus/set detoks Shaklee.








Akhir kata, makanlah puas-puas ketika berhari raya, tapi kena pandai uruskan kuantiti makanan yang kita makan tu, jangan jadikan takut gemuk atau makan banyak untuk kita skip hadiri open house raya sebab sebenarnya ada banyak tips untuk tidak gemuk dan sihat walaupun hadiri banyak open house raya seperti yang telah saya kongsikan tadi. Rugilah kalau kita tak attend sebab inilah peluang untuk kita rapatkan silaturrahim sesama kita. 











Sekian, wassalam.

Kalau anda nak dapatkan Herblax atau set detoks shaklee boleh terus hubungi saya di 017-3846656 



Imah Rush
Pengedar Shaklee Salak Tinggi
Pos seluruh Malaysia
0173846656
Fb : Imah Rush
Ig : Imah Rush

#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023 

#pengedarshakleesalaktinggi


Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan buat semua

Hai semua Salam perkenalan dari saya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog humble saya ni. Saya Imah Rush, boleh panggil saya imah. Saya merupakan seorang ibu bekerjaya kepada 3 orang anak. Rutin harian saya sama macam ibu yang lain. Takde yang istimewa pun, namun, disebabkan saya ada banyak benda nak kongsi dengan anda semua, maka terwujudlah blog ini. Diharap kita semua dapat berkenalan, berkongsi pandangan dan maklumat khususnya tentang macam mana seorang ibu nak maintain badan sihat disamping nak jaga anak2, suami serta keluarga di sisi. Saya juga masih baru dalam dunia blog ni tapi sebab banyak benda saya nak share dengan anda semua, jadi saya cari juga kekuatan untuk wujudkan blog ini. Nantikan ya my next post!!! STAY TUNE UOLS! Semoga bermanfaat. Love, Imah Rush

Tips Nak Cantik : Amal 2 Vitamin Kulit Ini!

NAK KULIT CANTIK PERLU AMAL VITAMIN KULIT Benarkah ramai yang mengatakan bahawa kecantikan adalah tonggak utama seorang wanita? Benar, kecantikan itu memang sinonim dengan wanita, tidak kira usia muda mahupun lanjut. Akan tetapi, cantik luar sahaja tidak bermakna kerana kecantikan sebenar adalah bila mana kita mempunyai kecantikan dalaman dan bukan hanya luaran. Kecantikan adalah merupakan sebahagian daripada kesihatan. Tunjang utama kecantikan adalah kesihatan dalaman kita. Sebagai contoh, untuk memiliki kulit wajah dan tubuh yang cantik, kita perlu menjaga kesihatan kulit kita.  Persoalan yang sering bermain di minda, bagaimanakah nak menjaga kesihatan kulit wajah kita? Yaaa, benar, mesti ramai yang menjawab, kita perlu amalkan rutin 'skincare' yang betul, dan minum air kosong yang banyak. Tidak dinafikan keduanya membantu menjadikan kulit wajah kita lebih cantik.                                 ...

7 TIPS KURUS DENGAN CEPAT

KENAPA BERAT BADAN SELALU NAIK? Setiap hari usia kita makin meningkat. Seiring dengan itu, kadar metabolisme badan kita juga kian menurun menyebabkan kadar penukaran karbohidrat atau lemak yang kita makan kepada tenaga menjadi rendah dan hal ini menyebabkan berat badan kita akan cepat naik sekiranya kita makan lebih dari yang dibakar. Jika kita tidak meneliti apa yang kita makan hari demi hari, kita pasti tidak menyedari badan kita naik dengan mendadak. Hal ini juga terjadi kepada saya dan ramai orang ketika pandemik yang lalu. Yelah waktu itu kebanyakan kita hanya di rumah dan kerjanya makan dan makan.  Berat badan makin naik juga berpunca daripada badan yang kurang lakukan aktiviti bersenam. Ini penting kerana bersenam mampu membakar lemak-lemak yang ada dalam badan kita kepada tenaga. Sungguhpun begitu, kita yang duduk di bandar dan kerja ofis hour ni kalau ditanya memanglah agak sukar untuk bersenam tu. Terbatas masa dan waktu. Banyak sangat halangannya, waktu banyak dihabiskan...