Skip to main content

Tips Elak Makan Banyak Ketika Raya : Hari Raya dengan Shaklee!

Assalamualaikum

Hai semua,

Jumpa lagi kita dalam entri kali ni. Kali ni saya dah pulang ke sarang, hehe, dah pulang ke ibu kota lah maksudnya setelah hampir dua minggu bercuti raya di kampung halaman dan kampung mertua.

Anda pula bagaimana? Amacam raya kali ni?best ke? Saya pula tak kurang bestnya, yelah best sebab raya kali ni dapat balik kedua-dua kampung.

Bercakap berkenaan dengan raya, semestinya kita semua tak terlepas dengan menjamu selera menu2 raya yang banyak dan menarik di hari raya kan? Macam saya, kalau raya ni di Pahang ni mesti wajib ada menu rendang, ketupat, lemang, nasi minyak lah dan macam-macam kuih raya. 

Tak lupa juga ada menu sate, lodeh dan beberapa lagi menu tambahan seperti laksa pahang dan nasi arab.

Kalau sebelah kampung suami di Kelantan pula, biasa memang akan ada ketupat palas, tapai, nasi dagang, laksa, dan menu tambahan seperti pulut manis dan berbagai lagi manisan.

Waktu raya lah waktu untuk kita menikmati juadah yang sedap-sedap kan?Rugi pulak kalau dibiar je di atas meja. Tapi bila usia dah meningkat ni, saya berhati2 juga makan tu, yela saya kena beringat, makan sekadar yang perlu je bukan untuk berlebihan atau kenyang yang melampau. 




Hari Raya dengan Shaklee

Kali ni saya nak share tips bagaimana saya berhari raya dengan shaklee. Satu tips yang ingin saya kongsikan bila beraya ni adalah kita kena pastikan perut kita tidak kosong bila datang beraya rumah orang. Cara dia dengan kita perlulah alas perut dulu sebelum keluar rumah pagi tu sebagai contoh makan lah sedikit roti ke, kuih ke , atau apa jua lah makanan. 

Macam saya, setiap kali sebelum keluar rumah untuk beraya, saya akan pastikan saya dan anak-anak dan suami untuk minum ESP satu cawan terlebih dahulu bagi mengalas perut masing-masing.  Barulah ketika beraya nanti kita makan sedikit sahaja, maklumlah ada banyak rumah yang kita nak singgah kan. Dan makan sedikit ini juga bagus untuk pengurusan berat badan yang ideal.


Kenapa ESP? Oh ya, dalam entri yang lepas, saya ada kongsikan kebaikan ESP ni, ianya adalah minuman berprotein tinggi yang buat kita kenyang lama dan berikan tenaga. Disamping itu, ESP dapat bantu untuk cantikkan kulit kita sebab kaya dengan protein. Anda juga boleh cuba Cinch Shake sebagai pengganti ESP jika anda inginkan rasa Coklat/Latte/Vanilla. 

Selain minum ESP, saya juga sentiasa bawa bekal air masak dari rumah, Sengaja saya bawa dan standby dalam handbag atau dalam kereta.Minum air masak dengan banyak sangat bagus untuk kita kawal kepekatan darah kita dan juga melancarkan pembuangan toksin dalam badan. Juga sebagai langkah untuk elakkan dehidrasi. 

Semasa beraya baru-baru ni, kita semua diuji dengan cuaca panas. Kalau di pantai timur ni, suhu tinggi dan kering sangat. Hujan tak turun dan hampir seminggu lama nya. Mana tak panas. Dalam rumah hatta bilik yang ada pendingin hawa pun masih panas inikan pula kalau di kampung tiada pendingin hawa.

Nak dijadikan cerita, ujian lagi bertambah mencabar bila cuaca yang panas tu mengeringkan air telaga di rumah mak mertua, di Kelantan ni kebanyakan rumah masih guna bekalan air dari telaga, jadi bila musim panas tiba, air telaga cepat mengering dan tambah pula ahli keluarga semua pulang ke kampung, jadi penggunaan air yang banyak lagi mempercepatkan air tu kering. Pendek kata bekalan air di kampung terhad dan ianya sangat mencabar buat kami masa raya lepas

Jadi apa yang saya buat adalah bekalkan air minum yang banyak untuk anak2 dan juga keluarga ketika keluar beraya, Alhamdulillah kami semua selamat. Alfatihah buat yang terkena strok haba dan maut baru-baru ini. Semoga kita semua menjaga kesihatan kita walau di mana kita berada.








Tips Kekal Sihat Selepas Raya

Kalau nak maintain sihat, selepas raya ni lah kita kena jaga semula badan kita agar berat badan tidak naik mendadak dan kita perlu betulkan balik sistem pencernaan kita. Apa yang saya akan buat biasanya adalah saya akan cuba juga cari ruang dan hari yang sesuai untuk amalkan puasa sunat 6 di bulan Syawal. Puasa 6 ni bantu badan kita untuk kurang makan dan juga kekalkan berat ketika di bulan puasa.

Selain tu, saya juga amalkan pengambilan Cinch Shake pada waktu tengah hari dan malam bagi menggantikan makanan biasa yang kita ambil. Dengan cara ini, badan akan cepat kurus dan dalam masa yang sama, nutrien kita perlukan masih dapat daripada Cinch Shake tadi.

Saya juga amalkan detoks secara semulajadi dengan pengambilan Herblax dan Alfalfa. Oh ya, kenapa secara semulajadi?Sebab Herblax dan Alfalfa ni dihasilkan dari sumber semulajadi, tiada bahan kimia ye. Bila amalkan Herblax dan Alfalfa, pembuangan air besar akan menjadi lawas setiap hari, usus akan dicuci dan semua toksin akan dikeluarkan,perut kita akan mengempis dan badan akan rasa lebih ringan. Tapi perlu ingat yang kita perlu minum air yang banyak ok.




Oklah, itu sahaja untuk perkongsian kali ni, semoga selepas raya ni, badan kita akan kekal sihat dan malah akan jadi lebih kurus dan cantik.


Semoga bermanfaat.


Jika anda nak cuba produk Shaklee yang dinyatakan di atas, boleh cepat hubungi saya di 017-3846656 kerana saya sedia membantu anda untuk dapatkan produk yang sesuai dengan keperluan anda.


Terima kasih kerana sudi membaca, hingga berjumpa lagi dalam entri yang akan datang.


Imah

Pengedar Shaklee Salak Tinggi

Pos Seluruh Malaysia


#berharirayadenganshaklee

#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023 

#pengedarshakleesalaktinggi

Comments

Popular posts from this blog

Tips Nak Cantik : Amal 2 Vitamin Kulit Ini!

NAK KULIT CANTIK PERLU AMAL VITAMIN KULIT Benarkah ramai yang mengatakan bahawa kecantikan adalah tonggak utama seorang wanita? Benar, kecantikan itu memang sinonim dengan wanita, tidak kira usia muda mahupun lanjut. Akan tetapi, cantik luar sahaja tidak bermakna kerana kecantikan sebenar adalah bila mana kita mempunyai kecantikan dalaman dan bukan hanya luaran. Kecantikan adalah merupakan sebahagian daripada kesihatan. Tunjang utama kecantikan adalah kesihatan dalaman kita. Sebagai contoh, untuk memiliki kulit wajah dan tubuh yang cantik, kita perlu menjaga kesihatan kulit kita.  Persoalan yang sering bermain di minda, bagaimanakah nak menjaga kesihatan kulit wajah kita? Yaaa, benar, mesti ramai yang menjawab, kita perlu amalkan rutin 'skincare' yang betul, dan minum air kosong yang banyak. Tidak dinafikan keduanya membantu menjadikan kulit wajah kita lebih cantik.                                                                                  Skincare                       

Nak mula bisnes : Pilih bisnes online dari rumah

KENAPA PILIH BISNES ONLINE? Sejak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara pada 2020 yang lalu, seluruh dunia menerima impak yang besar terutama sektor ekonomi. Ramai yang kehilangan pekerjaan, bisnes merudum dan malah ada yang hingga kini belum mendapat pekerjaan baharu. Kepada yang kerja tetap pula, ramai yang rungsing dengan kenaikan harga barang yang mendadak, tapi gaji tak juga naik-naik, betul tak? Yaa, tentu ramai yang setuju dengan 'statement' di atas. Tidak dinafikan kita semua sebenarnya berada dalam kelompok yang sama, lainlah yang memang sudah menjadi jutawan dan hartawan Tapi, tahukah anda semua bahawa ketika pandemik yang lalu, sektor ekonomi melalui perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebagai bisnes online melonjak naik dengan mendadak. Hasilnya, sektor kurier juga berkembang pesat kerana 'demand' pengeposan barangan yang amat tinggi ketika itu. Dijangkakan juga pada tahun ini iaitu 2023 kedua sektor ini akan terus berkembang dan meningkat k