Skip to main content

Nak mula bisnes : Pilih bisnes online dari rumah

KENAPA PILIH BISNES ONLINE?


Sejak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara pada 2020 yang lalu, seluruh dunia menerima impak yang besar terutama sektor ekonomi. Ramai yang kehilangan pekerjaan, bisnes merudum dan malah ada yang hingga kini belum mendapat pekerjaan baharu.

Kepada yang kerja tetap pula, ramai yang rungsing dengan kenaikan harga barang yang mendadak, tapi gaji tak juga naik-naik, betul tak? Yaa, tentu ramai yang setuju dengan 'statement' di atas. Tidak dinafikan kita semua sebenarnya berada dalam kelompok yang sama, lainlah yang memang sudah menjadi jutawan dan hartawan

Tapi, tahukah anda semua bahawa ketika pandemik yang lalu, sektor ekonomi melalui perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebagai bisnes online melonjak naik dengan mendadak. Hasilnya, sektor kurier juga berkembang pesat kerana 'demand' pengeposan barangan yang amat tinggi ketika itu. Dijangkakan juga pada tahun ini iaitu 2023 kedua sektor ini akan terus berkembang dan meningkat kerana tren membeli atas talian yang telah dipupuk sejak 2020 yang lalu masih dikekalkan. Ramai yang lebih selesa membeli dalam talian kerana mudah. Bukan hanya pembeli yang merasakan mudah, malah penjual atau bisnes owner juga rasa ianya amat mudah.

Jadi, wabak COVID-19 ini sebenarnya bukanlah musibah semata2 malah ianya sebenarnya membuka banyak peluang kepada kita untuk jana pendapatan dari rumah melalui bisnes online. Sejak itu, ramai yang membuka akaun media sosial dengan menjual itu dan ini. Akan tetapi, benarkah bisnes online ni bagus? Banyak faktor yang perlu kita fikirkan bila nak bisnes online ni, nampak mudah kan? Tapi sebenarnya kita kena bijak memilih bisnes online yang tepat, barulah ianya menjadi.

Bila bercakap pasal bisnes online ni, ramai yang tanya, kenapa bisnes online ek? Sudah tentulah ada banyak sebab kenapa perlu pilih bisnes online ni. Saya kongsikan antara sebab dan kebaikan bisnes online.

5 kebaikan bisnes online:


1. Bisnes di hujung jari - maksudnya boleh dibuat di mana-mana sahaja yang penting ada capaian internet dan telefon pintar

2. Modal rendah, risiko rendah - Tidak perlu sewa kedai dan bayar upah pekerja, hanya buat dari rumah

3. Sesuai semua golongan - semua orang boleh buat dari pelajar, suri rumah hinggalah kepada yang sedang bekerja - tidak perlu berhenti kerja

4. Capaian seluruh Malaysia - bila kita bisnes online ni, semua penduduk Malaysia jadi target pelanggan kita, jadi, peluang lebih tinggi, sebab kita boleh pos barang ke seluruh Malaysia, tidak hanya terhad kepada komuniti sekitar rumah kita sahaja

5. Jimat masa - bila kita bisnes online, sudah tentu menjimatkan masa kita, semua transaksi dilakukan dalam talian, tidak perlu ke pejabat pos jika sudah ada platform/sistem bagus untuk uruskan hal pengeposan, tidak perlu ke sana ke mari COD barang kepada pelanggan.


Anda pasti telah faham kenapa perlu pilih bisnes online sebab saya sudahpun kongsikan 5 kebaikan bisnes online di atas kan? Tapi anda mesti tertanya-tanya, dah minat nak bisnes online tapi tak tahu nak bisnes apa? Betul tak? Haa mesti ramai yang jawab ya kan? 

Ok, sekarang saya akan kongsikan bisnes apa yang bagus untuk anda buat kalau anda baru nak mula bisnes.

Kalau dulu, orang sibuk nak menjual nasi lemak tepi jalan, buat karipap frozen dan jual online, tapi tahukah anda bisnes sebegitu sebenarnya memenatkan. Anda dah pilih bisnes online sebab anda nak mudah bukan? 

Oleh itu, PASTIKAN PILIH BISNES YANG TIDAK PERLU CIPTA PRODUK. Sila skip step cipta atau buat produk ini. Anda tidak perlu lagi fikir masa dan tenaga nak buat karipap sebagai contoh. Apa yang anda perlu fikir, cari sahaja produk yang telah tersedia dalam pasaran dan jual sahaja. Pendek kata, anda hanya perlu jual produk orang.

Nak jual produk, tapi tak tahu produk apa? 
Ok, sekarang saya nak kongsi pula tentang bisnes online yang saya buat dan kenapa saya pilih bisnes online ni.

Kalau anda nak tahu, saya sekarang ini masih bekerja tetapi dalam masa yang sama, saya juga menjalankan bisnes online. Bisnes online yang saya pilih adalah bisnes SHAKLEE

5 sebab kenapa saya pilih bisnes SHAKLEE 

1. PRODUK BERKUALITI DAN TERSEDIA 
Kalau anda bisnes Shaklee, tugas anda hanya jual produk yang telah tersedia dan dibuat oleh saintis hebat Shaklee. Tak perlu fikir step nak cipta produk baru dan nak pastikan produk tu hebat. Produk kesihatan Shaklee ni telah menang banyak anugerah dan telah diuji keberkesanannya. Jadi tidak perlu bimbang.

2. MODAL RENDAH, RISIKO RENDAH
Nak mula bisnes Shaklee, modal hanya RM35 untuk daftar ahli dan modal optima adalam rm200 sahaja. Bila modal rendah, risiko rugi semua tu juga akan rendah. Tak perlu pening nak cari modal sampai meminjam dari bank atau along.

3. MUDAH DAN FLEKSIBEL
Jika cakap soal mudah, mana ada benda yang mudah betul tak?Mudah yang dimaksudkan ni adalah sebab boleh dibuat dimana-mana dan pada bila-bila masa sebab semua sistem online melalui website Shaklee. Hanya perlu ada capaian internet dan telefon pintar.

4. SISTEM PEMBAYARAN BONUS YANG LUMAYAN
Kalau anda nak tahu, Shaklee telah patenkan sistem pembayaran bonus kepada semua pengedarnya. Maksudnya sistem dia ni tak dapat ditiru oleh mana-mana syarikat. Kadar bayaran bonus yang tinggi dan mempunyai 12 jenis bonus. Income anda adalah infiniti. Tidak perlu risau tentang Shaklee tak bayar bonus sebab selama Shaklee bertapak di Malaysia, tidak pernah sekali gagal bayar bonus kepada semua pengedar.

5. PRODUK KESIHATAN YANG BANTU RAMAI ORANG
Bila berbisnes ni, tujuan utama saya nak bantu diri, keluarga, orang sekeliling untuk bertambah sihat dan beri manfaat kepada semua orang. Saya tidak mahu produk yang saya jual boleh menyebabkan orang jatuh sakit sebagai contoh kalau saya jual gula-gula atau coklat yang manis-manis, memang saya akan untung hasil jualan, tapi pelanggan saya mungkin ada yang jatuh sakit. Matlamat bisnes saya, bila berbisnes, kena pilih produk yang bagi manfaat kepada orang. Alhamdulillah telah berjumpa dengan produk Shaklee yang 100% semulajadi, bebas bahan kimia.


Kesimpulannya, apa jua bisnes online yang kita nak pilih, pastikan ianya mempunyai ciri-ciri di atas. Dan yang paling penting, usaha, usaha dan terus usaha. Sejak mula bisnes Shaklee pada tahun 2020 yang lalu, income yang saya capai adalah 4 angka sebulan. InshaAllah tahun-tahun berikutnya ianya akan naik dan naik lagi memandangkan network kita makin bertambah. Kepada anda yang mahu cuba bisnes Shaklee, saya boleh bantu anda mula dari bawah. Hubungi saya segera dan saya akan bantu anda daftar dan terus mula.

Sekian sahaja perkongsian saya kali ni tentang bisnes online. Semoga anda semua bertemu dengan bisnes online yang terbaik.


Imah 
Mentor Bisnes Shaklee Anda
ID 1359845
017-384 6656
ilhamah2021@gmail.com
Fb : Imah Rush
Ig :Imah Rush
Tiktok : Imah Rush

Pos Shaklee Seluruh Malaysia





#caribisnesonline
#bisnesonlinemudah
#bisnesdarirumah
#bisnesonlineuntukwanitabekerja
#nakbisnesshaklee
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#imahbisnesjourney
#pengedarshakleesalaktinggi
#bisnesmudah







Comments

Popular posts from this blog

Tips Elak Makan Banyak Ketika Raya : Hari Raya dengan Shaklee!

Assalamualaikum Hai semua, Jumpa lagi kita dalam entri kali ni. Kali ni saya dah pulang ke sarang, hehe, dah pulang ke ibu kota lah maksudnya setelah hampir dua minggu bercuti raya di kampung halaman dan kampung mertua. Anda pula bagaimana? Amacam raya kali ni?best ke? Saya pula tak kurang bestnya, yelah best sebab raya kali ni dapat balik kedua-dua kampung. Bercakap berkenaan dengan raya, semestinya kita semua tak terlepas dengan menjamu selera menu2 raya yang banyak dan menarik di hari raya kan? Macam saya, kalau raya ni di Pahang ni mesti wajib ada menu rendang, ketupat, lemang, nasi minyak lah dan macam-macam kuih raya.  Tak lupa juga ada menu sate, lodeh dan beberapa lagi menu tambahan seperti laksa pahang dan nasi arab. Kalau sebelah kampung suami di Kelantan pula, biasa memang akan ada ketupat palas, tapai, nasi dagang, laksa, dan menu tambahan seperti pulut manis dan berbagai lagi manisan. Waktu raya lah waktu untuk kita menikmati juadah yang sedap-sedap kan?Rugi pulak kalau di

Tips Nak Cantik : Amal 2 Vitamin Kulit Ini!

NAK KULIT CANTIK PERLU AMAL VITAMIN KULIT Benarkah ramai yang mengatakan bahawa kecantikan adalah tonggak utama seorang wanita? Benar, kecantikan itu memang sinonim dengan wanita, tidak kira usia muda mahupun lanjut. Akan tetapi, cantik luar sahaja tidak bermakna kerana kecantikan sebenar adalah bila mana kita mempunyai kecantikan dalaman dan bukan hanya luaran. Kecantikan adalah merupakan sebahagian daripada kesihatan. Tunjang utama kecantikan adalah kesihatan dalaman kita. Sebagai contoh, untuk memiliki kulit wajah dan tubuh yang cantik, kita perlu menjaga kesihatan kulit kita.  Persoalan yang sering bermain di minda, bagaimanakah nak menjaga kesihatan kulit wajah kita? Yaaa, benar, mesti ramai yang menjawab, kita perlu amalkan rutin 'skincare' yang betul, dan minum air kosong yang banyak. Tidak dinafikan keduanya membantu menjadikan kulit wajah kita lebih cantik.                                                                                  Skincare